Thursday 1 January 2015

SEMUT

Assalamualaikum.


cuti yang panjang dihabiskan dengan baca buku. ceit masa spm ari tu punya malas nak baca buku. Ni rajin pulak. Entah semangat mana datang. Acik ada beli satu buku yang elok cantik tidak disentuh langsung (nampak pemalas disitu). So dengan semangat kerasukan ulat buku. I read it. buku karya Pahrol Mohd Juoi. tajuk dimana dia dihatiku, carilah best.

so back to the title. apa kene mengena semut dan buku?

okay salah satu part dalam buku ni ada cerita tentang semut dan nabi sulaiman. Ala macam cliche an semua da tau. hampa da tau ka? Kisah, nak cerita jugak..

the story begin.......

Nabi Sulaiman bertanya pada semut berapa banyak makanan yang diperlukan untuk seekor semut hidup dalam setahun. Semut menjawab "ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum". Nabi Sulaiman kemudiaannya memasukan semut tersebut kedalam satu botol disertakan gula sebesar sebiji butir gandum. Botol itu pun ditutup

setahun kemudian.....

botol itu dibuka. Bsginda menjadi hairan apabila melihat separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan. Nabi Sulaiman pun bertanya "mengapa hanya separuh makanan sahaja dimakan?" Sang semut pun berkata "sekiranya diluar botol ini rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah padti mencukupkan rezekiku. jadi aku tidak perlu risau lagi. namun apabila di kurung oleh manusia, aku mengambil langkah berjaga jaga kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu manusia mengurungku lebih dari setahun kerana terlupa".


conclusion?
tawakalnya seekor semut kalah manusia. Dia tahu kehadiran Allah jadi dia sentiasa yakin dengan Allah. tapi kita manusia? Tawakal dan ikhtiar itu seperti isi dan kuku. perlu bersama. kita perlu yakin dengan rezeki yang bakal  Allah berikan. Kita tidak seharusnya bergantung kepada sesama makhluk namun bergantunglah pada Allah. Rezeki Allah itu terbentang luas di dunia ini.
Usaha dan ikhtiar lah untuk mencari rezeki bukan ya kita hanya duduk sahaja dirumah bergoyang kaki dan mengatakan "tawakal saja lah" . Namun seharusnya kita perlu keluar mengorak langkah mencari kerja mahupun membuat sesuatu kerja yang berfaedah yang mampu mendapat keuntungan.

sediakan payung sebelum hujan. ha tu la apa semut tu buat. dia amalkan amalan berjimat cermat.  mungkin kita boleh manipulasi benda ni dalam kehidupan seharian. sentiasa waspada dalam setiap yang bakal berlaku. jangan hanya berserah sahaja.

ingat lah rezeki Allah itu luas. hanya kita yang perlu berusaha memperokehi nya. namun jangan biarkan sikap tamak haloba menguasai kita hingga kita leka bahawa eezeki itu datang dari Allah dan dunia ini hanya pinjaman dari Allah.

so hampa nak merungut lagi ka pas nih kalau tak da makan?
hampa nak marah lagi ka kalau tak dapat straight A?
istighfarrrr.... dan ingat kisah semut..
Rezeki itu datangnya dari Allah SWT...


No comments:

Post a Comment