Tuesday 24 February 2015

ikhlas



assalamualaikum..

fuh fuh.. bersawang seh blog ni. nah x pe bukan banyak orang baca pun. kahkah. wah lagi 7hari nak amik result la. takziah untuk diri sendiri. risau cuak semua perasaan bercampur baur. so this new entry nak citer pasal kejadian di hospital.

jeng jeng jeng..

FYI anak along kena tahan wad sebab x cukup bulan. So can u imagine what she feel right now? dengan keadaan baby yang kritikal masa tu hanya Allah saja tahu. So along kena selalu berulang alik ke hospital untuk menghantar susu. Baby tu susu badan la. nak jadikan cerita along kena gossip dikalangan nurse kat situ yang cakap along x datang tengok baby.

ya Allah perasaan seorang ibu mesti lah sedih kan, Along ulang alik gi ipoh tu jauh tau. btw this is the first anak dia yang beranak kerajaan selama ni swasta. dah tu masa tu ada sorang nurse ni dengan sesedap hati bagi baby minum susu tepung. susu yang along bagi entah kemana dia campak. padahal baru a few minutes along rendam (water bath). Along kena marah tak tentu pasal. Along call rumah masa tu and papa rasa nak pergi hospital tu but then along kata nanti suami dia nak settle so kami biarkan..

the second day yang incharged nurse india. along kata dia baik sangat lembut je cakap and x penat ajar along cara uruskan baby pra matang. 

so conclusionnya?

apa kita kerja yang penting ikhlas. ikhlas tu tak perlu ditunjuk tapi orang akan rasa kita ikhlas, sape kita nak judge orang dari luar and terus melatah bila dengar rumours. Ingat kita bukan tuhan.

one more things ingat apa kita buat kita bawak maruah agama kita bangsa kita. Malulah kalau orang lain boleh layan orang x seagama dan sebangsa lagi baik dari kita melayu layan melayu macam hampeh.

then sentiasa ingat segalanya berbalas dan bukan free kat dunia ni. Allah sendiri akan balas tindakan kita. Kita akan merungut bila orang layan kita buruk kita merungut bila kita susah. tapi cuba pergi depan cermin dan tanya orang dalam cermin tu baikkah kita melayan orang selama ni

kerja? kenapa mesti kita meletakkan perkerjan kita tu beban. sedangkan haiwan pun nak cari makan kena berusaha. kita? tak kan nak duduk goyang kaki then mkanan dan kekayaan jatuh dari langit. wahh kalau macam tu esok semua boleh la berhenti kerja. tapi kenapa Allah tak buat macam tu sebab dia ingin ajar kita erti berusaha. kalau kita rasa kerja kita tu beban then kenapa kita pilih pekerjaan tu dari awal? pikir pikir kan lah.

p/s: maaf andai ada yang tercedera di atas segala adengan tembak menembak di atas. and to that nurse please berubah

Tuesday 10 February 2015

prince

assalamualaikum

dah pukul 1.40 pagi. malam ni aku jadi burung hantu la citernya. letih tapi dalam keadaaan hormon yang tak stabil dan emosi yang terganggu (ceh acah acah lak) so susah la nak tidur sebab fikiran bercelaru.. blog pulak hambar bertambah hambar tanpa post yang baru.

so whats up? 

this new entry aku nak cakap pasal Prince. wahhh tajuk tak gempak pun an cerita lagi lah tak gempak sebab aku akan syok sendiri ye. so pesanan dari penaja sila sediakan basin untuk muntah dan pastikan perut tak kosong. kalau sakit aku tak bertanggungjawab ye. pandai pandai la korang gi jumpa doc. 

so here goes the story begin!!

PRINCE!
dia simple
dia baik
dia caring
dia gila gila
dia suka buat aku ketawa
dia jujur apa adanya
dia terima seadanya
orang nya berada
orang nya bergaya
orang nya manis berbicara

tapi
bukan itu yang aku suka
bukan itu yang buat aku ketawa gembira

so what?

kutukan dia buat aku gembira
caranya buat aku tersenyum
sifatnya buat aku bahagia
dan bila semua tiada dia ada.
layanan dia buat aku rasa istimewa


tapi entah apa penghujung semua nya. aku berserah. memang langit dan bumi tidak mungkin bercantum tapi langit dan bumi msih bergabung di bawah satu bumbung (kalau paham la ape aku maksud) dia langit dan aku bumi. tinggi nya dia bezanya dia dan aku tak terkira. tapi mungkin dia langit aku yang mampu melindungi aku tak kira malam atau siang. tempat aku bergantung satu hari nanti. doa. ya doa yang mampu aku kirimkan. andai dia langit ku pasti akan bertemu ketika lafaz nikah. inshaallah.



Thursday 22 January 2015

C.I.N.T.A

assalamualaikum..



what is the love?

cinta tu manis apabila cinta itu pada ilahi.
cinta itu indah apabila sang pecinta bercinta dengan Allah

sebab my sister dah nak kawen and saya akan jadi anak tunggal so boleh la nak share pasal ni.

pernah jatuh cinta? orang cakap jatuh cinta ni sakit, tu nama dia JATUH CINTA. brader n sister tak sakit pun kalau awak jatuh cimta dengan Allah swt. bukan bajet ye tapi ni lah hakikatnya.

ummah sedang tenat. ada dibuai kemewahan dunia, ada dibuai kecintaan dunia, ada dibuai mimpi dunia.. masyaallah semoga Allah mengampun kan kita.

bila kita cinta kepada Allah kita tak kan sakit. dan apabila cinta itu kerana Allah kita tak kan sakit juga. kita sanggup nak pertahankan relay kita sampai sanggup menggadai maruah dan harta benda tapi relay kita dengan Allah pengorbanan yang kecik kita rasa besar.

Allah wajibkan solat 5 waktu sebab nak dating dengan kita. tapi kita? Solat macam bawak ferari laju bukan main . apabila ditanya katanya nak kejar masa. masyallah

Allah beri kita ujian yang kecil dan mampu untuk kita lalui.tapi kita rungutan kita tu ibarat Allah ini kejam. kenapa Allah duga kita? Sebab kita kian lali dengan dunia ini. sibuk kejar cinta dunia hingga lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini.

Apabila kita cinta Allah kita pasti akan menemui jodoh yang baik, inshaallah. dimana kekurangan jodoh kita itu kita nampak kesempurnaan nya.

apa jadi jika kita cinta dunia melebihi segalanya? Kita akan nampak kekurangan pasangan kita itu sebagai sesuatu benda terburuk kita. ingin nya yang cantik cantik sahaja. baik baik sahajanhingga lupa siapa diri sendiri dan di mana kia berpijak.

cuba tanya diri.

DIMANA DIA DIHATIKU? DI MANA ALLAH DIHATIKU??

dulu aku lagha.
aku solat tapi aku tidak tahu erti solatku
aku baca quran tapi aku tidak pernah sekali buka tafsirnya

manusia tidak sempurna.
namun pintu taubatnya sentiasa terbuka
semoga kita menjadi hamba yang berada dalam keredhaan NYA




Thursday 1 January 2015

SEMUT

Assalamualaikum.


cuti yang panjang dihabiskan dengan baca buku. ceit masa spm ari tu punya malas nak baca buku. Ni rajin pulak. Entah semangat mana datang. Acik ada beli satu buku yang elok cantik tidak disentuh langsung (nampak pemalas disitu). So dengan semangat kerasukan ulat buku. I read it. buku karya Pahrol Mohd Juoi. tajuk dimana dia dihatiku, carilah best.

so back to the title. apa kene mengena semut dan buku?

okay salah satu part dalam buku ni ada cerita tentang semut dan nabi sulaiman. Ala macam cliche an semua da tau. hampa da tau ka? Kisah, nak cerita jugak..

the story begin.......

Nabi Sulaiman bertanya pada semut berapa banyak makanan yang diperlukan untuk seekor semut hidup dalam setahun. Semut menjawab "ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum". Nabi Sulaiman kemudiaannya memasukan semut tersebut kedalam satu botol disertakan gula sebesar sebiji butir gandum. Botol itu pun ditutup

setahun kemudian.....

botol itu dibuka. Bsginda menjadi hairan apabila melihat separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan. Nabi Sulaiman pun bertanya "mengapa hanya separuh makanan sahaja dimakan?" Sang semut pun berkata "sekiranya diluar botol ini rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah padti mencukupkan rezekiku. jadi aku tidak perlu risau lagi. namun apabila di kurung oleh manusia, aku mengambil langkah berjaga jaga kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu manusia mengurungku lebih dari setahun kerana terlupa".


conclusion?
tawakalnya seekor semut kalah manusia. Dia tahu kehadiran Allah jadi dia sentiasa yakin dengan Allah. tapi kita manusia? Tawakal dan ikhtiar itu seperti isi dan kuku. perlu bersama. kita perlu yakin dengan rezeki yang bakal  Allah berikan. Kita tidak seharusnya bergantung kepada sesama makhluk namun bergantunglah pada Allah. Rezeki Allah itu terbentang luas di dunia ini.
Usaha dan ikhtiar lah untuk mencari rezeki bukan ya kita hanya duduk sahaja dirumah bergoyang kaki dan mengatakan "tawakal saja lah" . Namun seharusnya kita perlu keluar mengorak langkah mencari kerja mahupun membuat sesuatu kerja yang berfaedah yang mampu mendapat keuntungan.

sediakan payung sebelum hujan. ha tu la apa semut tu buat. dia amalkan amalan berjimat cermat.  mungkin kita boleh manipulasi benda ni dalam kehidupan seharian. sentiasa waspada dalam setiap yang bakal berlaku. jangan hanya berserah sahaja.

ingat lah rezeki Allah itu luas. hanya kita yang perlu berusaha memperokehi nya. namun jangan biarkan sikap tamak haloba menguasai kita hingga kita leka bahawa eezeki itu datang dari Allah dan dunia ini hanya pinjaman dari Allah.

so hampa nak merungut lagi ka pas nih kalau tak da makan?
hampa nak marah lagi ka kalau tak dapat straight A?
istighfarrrr.... dan ingat kisah semut..
Rezeki itu datangnya dari Allah SWT...


say hello and goodbye

assalamualaikum.
selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015. as usual mestilah ada azam baru. setiap tahun macam tu. sambut? Tak mampu. orang lain tengah susah banjir tak sedap lah kalau kita nak happy.

2014 such a heartbreaking year. banyak tragedi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. apa pun yang jadi semua tu ketentuan ilahi. kita cuma hambanya hanya mampu mengakui kebesaran dan keagungannya. banyak pahit manis dan suka duka. banyak juga yang saya belajar. tapi semua dah lepas. :)

so what up 2015? be kind to me . so what i want for 2015?


  • inshaallah akan cuba jadi lebih baik dari sebelum ni
  • mestilah nak kurus setiap tahun macam tu untuk girls
  • bisness kecik yg da a lama inprogress
  • hmmm diy projek for my room
  • belajar oversea 
  • dapat lesen kereta sbb nk gi drift hahahaha
  • ada kereta kalau boleh
banyak lagi cuma malu la nak cerita. hee korang pun mesti ada azam sendiri. share lah kalau mahu. :) sama sama kita doa semoga tahun baru ni kita lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran dugaan dan ujian. good luck :)